ad
AGENSI

Puas hati tapak baharu, penjaja puji MPKS mudahkan urusan lesen

19 Jul 2024, 12:27 PM
Puas hati tapak baharu, penjaja puji MPKS mudahkan urusan lesen
Puas hati tapak baharu, penjaja puji MPKS mudahkan urusan lesen
Puas hati tapak baharu, penjaja puji MPKS mudahkan urusan lesen

OLEH ANNA FARINA ABDUL RAUF

KUALA SELANGOR, 19 JULAI: Penjaja yang diarah berpindah dari kawasan Eco Grandeur, Puncak Alam, akur dengan lokasi baharu yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Memilih tapak berhadapan pasar raya Lotus's Puncak Alam, peniaga makanan Nor Miza Ruslan, 36, berharap kawasan tersebut dikunjungi ramai dan mendapat sambutan menggalakkan.

[caption id="attachment_653098" align="alignright" width="318"] Penjaja Nor Miza Ruslan, 36[/caption]

Mengakui bimbang hilang pelanggan setelah menjaja di lokasi lain, namun dia percaya kepada rezeki selain memuji tindakan pantas MPKS yang memudahkan permohonan mendapatkan lesen.

"Di tempat lama ada pelanggan tetap, lokasi baharu kena cari semula pelanggan. Sudah tentu pendapatan akan terjejas. Fikir hikmah yang terjadi kerana tempat baharu selamat untuk semua.

"Saya tidak takut lagi untuk berniaga kerana kini ada lesen. Proses pemohonan dengan MPKS juga mudah, tidak seperti dimomokkan sebelum ini," katanya kepada Media Selangor.

Seorang lagi penjaja Poziyah Aris, 43, berharap tapak baharu itu dilengkapi kemudahan asas termasuk bekalan elektrik bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengunjung.

[caption id="attachment_653097" align="alignleft" width="287"] Penjaja Poziyah Aris, 43[/caption]

"Kita perlukan sumber elektrik untuk berniaga supaya orang nampak dan tertarik untuk singgah. Kawasan sedia ada ini laluan strategik, ramai tengok dan masuk," katanya.

Kelmarin, Yang Dipertua MPKS Mohamad Hanafe Basri memaklumkan pihaknya tidak bercadang mewujudkan tapak penjaja di sekitar pusat perniagaan Eco Grandeur bagi mengelak kesesakan.

Menjelaskan kawasan itu tidak digazetkan untuk aktiviti perniagaan, MPKS menawarkan 10 lokasi lain sekitar Puncak Alam bagi membantu golongan berkenaan.

Lokasi terbabit seperti berikut:

  • Tapak penjaja Lorong Az-Zaharah
  • Tapak penjaja hadapan Pasaraya Lotus’s Puncak Alam
  • Tapak penjaja Dataran Alam Suria
  • Tapak penjaja Pusat Perniagaan Alam Jaya
  • Tapak penjaja Astana Alam
  • Tapak penjaja Puncak Bestari
  • Tapak penjaja Lorong Cakera Purnama 12/28
  • Tapak penjaja hadapan Apartment Residensi Warnasari 2
  • Tapak penjaja Naluri Sukma
  • Tapak penjaja hadapan Alpina Abadi Puncak Alam

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.