ad
AGENDA

Keputusan STPM diumum Selasa depan, semak dalam talian

19 Jul 2024, 2:56 AM
Keputusan STPM diumum Selasa depan, semak dalam talian

PUTRAJAYA, 19 JULAI: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai," menurut kenyataan itu.

Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.