ad
AGENDA

Sempena pelancaran bulan kebangsaan Ahad ini, bas percuma disedia kepada pengunjung

18 Jul 2024, 3:37 PM
Sempena pelancaran bulan kebangsaan Ahad ini, bas percuma disedia kepada pengunjung

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Perkhidmatan bas henti-henti secara percuma disediakan kepada pengunjung sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, Selangor pada Ahad ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi infografik yang dikongsi di Facebook berkata bas itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park&Ride serta Parkir Rekascape, Cyberjaya dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.