ad
AGENDA

Kerajaan perhalusi keperluan tubuh badan rancak pembangunan industri durian

17 Jul 2024, 10:25 AM
Kerajaan perhalusi keperluan tubuh badan rancak pembangunan industri durian
Kerajaan perhalusi keperluan tubuh badan rancak pembangunan industri durian

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kerajaan Persekutuan sedia memperhalusi keperluan menubuhkan badan khusus bagi membangunkan industri durian susulan potensinya yang besar terhadap ekonomi negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia satu saranan yang baik dan akan dibawa kepada perbincangan di peringkat kementerian.

[caption id="attachment_633791" align="aligncenter" width="735"] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Raja Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Mac 2024. Foto BERNAMA[/caption]

“Kita akan bincang dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan kerana The New York Times turut membuat ramalan bahawa durian satu pertumbuhan ekonomi baharu buat Malaysia.

“Ia selepas termeterainya perjanjian dengan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (HARAPAN-Bayan Baru) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan sebanyak 79,130 anak pokok durian musang king dan 18,707 anak pokok durian duri hitam telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bermula 2021 sehingga Jun 2024.

“Sehingga tahun 2024, seluas 4,775 hektar ladang durian telah didaftarkan di bawah pensijilan myGAP melibatkan seramai 1,231 orang petani.

“Selain itu, sebanyak 50 fasiliti pemprosesan durian telah diakreditasi bagi tujuan eksport,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.