ad
AGENDA

PBB: Tiada tempat selamat, tahap kemusnahan melampau di Gaza

16 Jul 2024, 3:28 PM
PBB: Tiada tempat selamat, tahap kemusnahan melampau di Gaza

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai sangat berbahaya dengan menyatakan "tiada tempat selamat" di wilayah itu.

Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.

"Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi," kata Guterres dalam catatannya di platform X.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.