ad
AGENSI

Yayasan MBI salur dana tambahan RM200,000 jayakan bantuan bakul makanan

16 Jul 2024, 4:00 AM
Yayasan MBI salur dana tambahan RM200,000 jayakan bantuan bakul makanan
Yayasan MBI salur dana tambahan RM200,000 jayakan bantuan bakul makanan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menjayakan lagi bantuan bakul makanan.

Ketua Yayasan MBI berkata peruntukan itu diluluskan Jun lalu bagi memastikan mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah terus menerima manfaat.

[caption id="attachment_652484" align="aligncenter" width="811"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Program bakul makanan masih berjalan dan peruntukan RM1 juta untuk tahun ini habis diagihkan. Jadi, peruntukan tambahan RM200,000 diluluskan.

"Ini membuktikan Kerajaan Negeri cakna dan ambil berat terhadap rakyat dan masih meneruskan program bantuan bakul makanan," kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan masyarakat memerlukan boleh memohon bantuan ini dengan pihak berkaitan di kawasan masing-masing.

"Program bakul makanan ini semakin popular termasuk di kawasan kampung. Setakat ini, kita masih menerima permohonan bantuan daripada ketua kampung, ahli majlis dan wakil rakyat," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.