ad
AGENDA

Agih sumbangan RM600,000 kepada tiga pangsapuri, naik taraf kemudahan, infrastruktur

14 Jul 2024, 9:30 AM
Agih sumbangan RM600,000 kepada tiga pangsapuri, naik taraf kemudahan, infrastruktur
Agih sumbangan RM600,000 kepada tiga pangsapuri, naik taraf kemudahan, infrastruktur
Agih sumbangan RM600,000 kepada tiga pangsapuri, naik taraf kemudahan, infrastruktur
Agih sumbangan RM600,000 kepada tiga pangsapuri, naik taraf kemudahan, infrastruktur

GOMBAK, 14 JULAI: Sebanyak RM600,000 diagih kepada tiga pangsapuri di daerah ini bagi menjalankan kerja menaik taraf kemudahan dan infrastruktur.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan disalur Kerajaan Negeri dan persekutuan itu bertujuan memastikan keselesaan penduduk sekali gus menjamin kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Sebanyak RM500,000 diberikan kepada Pangsapuri Cemerlang Court menerusi Baik Pulih Negeri Berkebajikan (Ceria) untuk kerja baik pulih bumbung.

“Manakala RM50,000 diberikan kepada Pangsapuri Cempaka untuk kerja mengecat dan Pangsapuri Permai dengan jumlah sama bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_652262" align="aligncenter" width="778"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berucap di Program Rewang Komuniti Strata Majlis Perbandaran Selayang, Ahli Parlimen Gombak itu berkata kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menjalankan kerja selenggara pangsapuri di seluruh negeri.

“Tahun lepas saya buat permohonan ini dan lebih kurang RM10 juta diluluskan untuk kediaman pangsapuri dan ini (bantuan hari ini) sebahagian bantuan berkenaan,” katanya.

Sejak 2011 hingga Jun 2022, Kerajaan Negeri membelanjakan RM123.7 juta bagi baik pulih 357 pangsapuri kos rendah.

Menerusi Skim Ceria, kawasan kediaman diselenggara termasuk kerja baiki bumbung runtuh dan tercabut, lif rosak, tangki air dan mengecat.

[caption id="attachment_652263" align="aligncenter" width="860"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari meninjau reruai petting zoo ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_652264" align="aligncenter" width="733"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari meninjau reruai petting zoo ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.