ad
AGENDA

Trump cedera di telinga selepas ditembak ketika berkempen

14 Jul 2024, 2:34 AM
Trump cedera di telinga selepas ditembak ketika berkempen

WASHINGTON, 14 JULAI: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu.

Agensi Anadolu melaporkan Trump dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.

"Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia," katanya.

Satu kenyataan berkata Trump dalam keadaan baik, sedang diperiksa kecederaan di kemudahan perubatan dan Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden menerima taklimat mengenai insiden tembakan itu.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.