ad
AGENSI

Hab pembuatan pengangkutan majukan Serendah, infrastruktur ditingkat, keperluan dipenuhi

13 Jul 2024, 9:45 AM
Hab pembuatan pengangkutan majukan Serendah, infrastruktur ditingkat, keperluan dipenuhi
Hab pembuatan pengangkutan majukan Serendah, infrastruktur ditingkat, keperluan dipenuhi
Hab pembuatan pengangkutan majukan Serendah, infrastruktur ditingkat, keperluan dipenuhi

HULU SELANGOR, 13 JULAI: Hasrat menjadikan Serendah sebagai hab pembuatan pengangkutan bakal membangunkan kawasan itu sekali gus memberi manfaat kepada penduduk.

Penyelaras Batang Kali berkata beliau yakin pentadbiran akan menambah pelbagai kemudahan infrastruktur demi memastikan keselesaaan dan keperluan masyarakat dipenuhi.

“Itu cadangan yang baik (hab pembuatan pengangkutan). Sekarang pun memang ada kilang kereta dan alat ganti kenderaan.

“Kita yakin hasrat ini akan lengkapkan lagi infrastruktur di sini. Bila membangunnya kawasan ini, kita harap tiada isu kesesakan atau perkara lain berlaku,” kata Saifuddin Shafi Muhammad kepada SelangorKini.

Pada Rabu EXCO pelaburan berkata Serendah bakal menjadi hab pembuatan pengangkutan susulan potensi dan pembangunan di kawasan itu selain tarikan susulan pembukaan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah oleh syarikat UMW Development Sdn Bhd.

Jelas Ng Sze Han, pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) juga membuka peluang baharu kepada kawasan Serendah dan sekitarnya untuk dimajukan menjadi hab logistik negara.

Sebelum ini beliau turut memaklumkan sejak 2020 hingga kini, kawasan itu terkenal dengan industri automatik dan elektronik termasuk kendalian syarikat besar antaranya UMW dan Perodua, mencatatkan nilai pelaburan sehingga RM2.7 bilion.

Jelasnya pusat industri berkenaan juga berjaya mewujudkan 6,000 peluang kerjaya berimpak tinggi dalam tempoh sama selain membawa masuk 53 pelaburan ke daerah itu.

[caption id="attachment_652147" align="aligncenter" width="809"] Orang ramai membeli pelbagai barangan di Jualan Agro Madani KRT Taman Desa Melor dan Taman Desa Anggerik di Tapak Pasar Malam Taman Desa Melor, Serendah pada 13 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.