ad
AGENSI

Kohijrah tempatkan 320 produk di Pusat Lelongan Agro Selangor

13 Jul 2024, 3:41 AM
Kohijrah tempatkan 320 produk di Pusat Lelongan Agro Selangor
Kohijrah tempatkan 320 produk di Pusat Lelongan Agro Selangor
Kohijrah tempatkan 320 produk di Pusat Lelongan Agro Selangor

KUALA LANGAT, 13 JULAI: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) menempatkan 320 unit penyimpanan stok (SKU) di Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) Sijangkang.

Pengurus besarnya berkata lapan kategori produk itu ialah barangan asas, barang plastik, sayuran, buahan, hasil laut ikan masin dan air tawar, daging, ayam serta kafe.

[caption id="attachment_652102" align="alignleft" width="345"] Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) Mohammad Syukri Ismail[/caption]

“Selaku pengendali, pusat lelongan ini juga menempatkan pusat jualan harian dengan membawa produk usahawan pertanian, penternakan dan perikanan.

“Sebanyak 320 SKU atau produk dibawa yang mana 30 daripada produk utama dan paling laris dengan tawaran harga murah seperti RM2 untuk dua ikat sayur serta ikan bawah RM10 sekilo.

“Dengan adanya pusat lelongan ini, ia memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati barangan pada harga murah sekali gus membantu usahawan memasarkan produk mereka,” kata Mohammad Syukri Ismail.

Terdahulu, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim membuat tinjauan di pusat lelongan seluas dua ekar itu di Batu 7, Sijangkang, memaklumkan ia dibuka secara rasmi pada Ogos depan.

[caption id="attachment_652067" align="alignnone" width="740"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu di depan Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) Kohijrah di Sijangkang pada 12 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Mohammad Syukri turut mempelawa usahawan setempat untuk membawa produk mereka ke pusat lelongan berkenaan untuk dipasarkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita mahu buka peluang kepada mana-mana persatuan, penduduk atau petani yang ada produk tetapi tiada tempat untuk memasarkannya datang ke pusat lelongan ini.

“Kita tidak akan mengenakan sebarang caj sewaan kepada mereka kerana mahu membantu mereka memasarkan produk,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.