ad
BUDAYA

Sehitam Kota di Bandar Mesum

13 Jul 2024, 1:20 AM
Sehitam Kota di Bandar Mesum

dalam kesenjangan musim sadis

satu-persatu, sehitam kota menetas

dari sarang kesibukan

segalak kicau menjalar di kegelapan

itu melodi kematian!

syahdu dan sepi bukan pilihan

untuk irama dari lorong ke jambatan

untuk dendang dari jambatan ke lorong

laparnya disuap kelam, sepinggan sisa

hausnya disuguh rencam, secangkir nista

hanya untuk membesar

menjadi sepelepah kota

saat hanyir mesum bandar

menyelinap antara rongga indera jauhari auta

pagi bukan lagi violet

senja bukan lagi jingga

dan ia melatarkan kematian sepelepah kota

nyata sekali, separuh hidup sehitam kota

adalah diam…

 

Adie Abd Gani

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.