ad
BERITA UTAMA

Lima PBT diminta pantau cerun berisiko untuk tindakan lanjut

10 Jul 2024, 3:00 AM
Lima PBT diminta pantau cerun berisiko untuk tindakan lanjut

SHAH ALAM, 10 JULAI: Laporan beberapa kawasan cerun berisiko yang dikenal pasti dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim menjelaskan laporan itu diserah kepada Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

"Kita telah memanjangkan kepada PBT bagi kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak. Terbaru, Subang Jaya juga termasuk disebabkan berlakunya beberapa kes cerun (runtuh)," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Sebelum ini, Izham berkata pihaknya mengenal pasti lokasi cerun berisiko runtuh di jalan sekitar Hulu Langat, Hulu Selangor, Gombak dan Subang Jaya.

Jelasnya, laporan itu diperoleh hasil keputusan cerapan jawatankuasa pemantauan cerun yang diketuainya susulan banyak aduan diterima.

"Jawatankuasa turut dianggotai Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Mineral dan Geosains yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam aspek pemantauan cerun selain disertai PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.