ad
AGENDA

Liga Ragbi MSNS-KRS cungkil bakat baharu, wakil ke kejohanan tempatan

8 Jul 2024, 3:00 AM
Liga Ragbi MSNS-KRS cungkil bakat baharu, wakil ke kejohanan tempatan
Liga Ragbi MSNS-KRS cungkil bakat baharu, wakil ke kejohanan tempatan
Liga Ragbi MSNS-KRS cungkil bakat baharu, wakil ke kejohanan tempatan

SHAH ALAM, 8 JULAI: Penganjuran Liga Ragbi MSNS-KRS bertujuan mencungkil bakat baharu yang berpontesi diserapkan ke dalam pasukan Selangor bagi menghadapi kejohanan tempatan.

Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) berkata liga itu turut memberi ruang kepada pemain beraksi secara kompetitif sebelum menghadapi kejohanan lebih besar seperti Piala Agong dan Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah Kebangsaan.

[caption id="attachment_651245" align="alignleft" width="346"] Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei[/caption]

“Sejurus selepas kejuaraan liga ini, satu sesi khas akan diadakan untuk memilih 70 pemain mewakili pasukan Selangor di peringkat awal saringan.

“Kemudian, ketua jurulatih ragbi Selangor Raimi Mohd Yusof akan menyenarai pendek 40 pemain mewakili Selangor di kejohanan Piala Agong 2024 yang dijadualkan pada 7 September hingga 27 Oktober depan,” kata Lim Yi Wei.

Beliau ditemui selepas perlawanan akhir kejuaraan liga tersebut di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang petang semalam.

Yi Wei turut meletakkan sasaran untuk mencapai kedudukan lebih baik untuk kejohanan Piala Agong 2024 berbanding edisi 2022.

[caption id="attachment_651196" align="alignnone" width="892"] Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei (tengah) menyampaikan piala kepada pasukan KL Tigers selepas perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara KL Tigers dan Cobra Black di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Tahun 2022, Selangor tidak melepasi peringkat kumpulan, jadi kita mahukan untuk edisi akan datang pencapaian lebih baik.

“Kita akan memberi fokus membentuk pasukan yang kuat untuk menghadapi kejohanan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.