SHAH ALAM, 6 JULAI: Orang ramai dijemput mengimarahkan program Malam Ehsan Untuk Insan sempena sambutan Maal Hijrah 1446H, esok.
Program anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu diadakan bermula jam 6 petang di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam di sini.
Program turut menampilkan pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.
“Menjelang tahun baharu Hijrah 1446, bersama kita bersatu hati dan kebersamaan ummah dalam mendepani pelbagai ujian.
“Betapa ehsan amat diperlukan oleh setiap insan dan nilai kasih sayang yang diajar Rasulullah dijadikan panduan agar kita hidup santun dan diredhai,” maklum Instagram @pejabatsukselangor.
Orang ramai yang hadir juga digalakkan memakai pakaian bertemakan #GazaBangkit dan pastikan membawa tikar serta payung untuk keselesaan selain sempurnakan solat sebelum majlis.
“Masuk adalah percuma, marilah kita bersama berhimpun memeriahkan lagi sambutan maal hijrah dengan pengisian ‘Recharge Hati’, Tausiyah bermakna sebagai tanda solidariti bersama Gaza dan Palestin,” katanya.