ad
AGENDA

Tipu wang warga emas, lelaki dipenjara sebulan, denda RM30,000

5 Jul 2024, 10:00 AM
Tipu wang warga emas, lelaki dipenjara sebulan, denda RM30,000

KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM195,000 tiga bulan lepas.

Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman Ho Chun Jin, 22, bermula hari ini, selain tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Ho didakwa menyembunyikan wang RM195,000 milik M Shanmughalingam, 85, yang dimasukkan ke akaun bank syarikat milik tertuduh di Jalan Kiara 2 Mont Kiara, Brickfields di sini antara 5 hingga 8 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun Ho yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana menanggung ibu bapa.

Mengikut fakta kes mangsa membuat laporan polis kerana tidak menerima pulangan selepas membuat dua bayaran ke akaun tertuduh bagi menyertai pelaburan saham yang diketahuinya menerusi laman Facebook.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.