ad
ADN

Sidang dewan negeri, ADN Seri Serdang bawa usul kecam keganasan terhadap atlet

5 Jul 2024, 7:19 AM
Sidang dewan negeri, ADN Seri Serdang bawa usul kecam keganasan terhadap atlet

SHAH ALAM, 5 JULAI: Ahli Dewan Negeri Seri Serdang hari ini membawa usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet sukan dalaam sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Abbas Azmi membacakan usul tergempar di bawah Peraturan Tetap 17(1) di hadapan Timbalan Speaker DNS Kamri Kamaruddin sebelum sesi membahas Kajian Separuh Penggal RS-1 (KSP RS-1).

"Saya mengusulkan agar Dewan Negeri Selangor mengecam tindakan yang mengancam keselamatan nyawa dan karier atlet terutama pemain bola sepak. Ini boleh membantutkan usaha negeri bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa di Malaysia," katanya.

Dalam kejadian 5 Mei lepas, Faisal Halim lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Selangor.

Akibat kejadian itu, Faisal mengalami lecur tahap empat dan kini sedang fokus menjalani rawatan pemulihan tangan kiri secara fisioterapi.

Pada 4 Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan pemain kebangsaan itu semakin pulih dan dijangka mula melakukan latihan larian minggu depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.