ad
PBT

MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan

5 Jul 2024, 1:29 AM
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan
MBSA buka taman rekreasi kucing di Seksyen 14, tarikan peminat haiwan peliharaan

SHAH ALAM, 4 JULAI : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Datuk bandarnya berkata taman itu dibuka secara percuma hingga 31 Disember dari jam 10 pagi hingga 7 malam, sebelum bayaran kemasukan dikenakan bermula Januari tahun depan.

"MBSA menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang membina taman rekreasi kucing berkonsepkan kawasan permainan luar bagi kucing peliharaan.

“Taman rekreasi kucing ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada pemilik untuk membebaskan haiwan peliharaan mereka bermain, berlari dan memanjat dalam kawasan yang selamat," kata Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam di sini.

[caption id="attachment_650766" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim bersama pemilik kucing sempena majlis prapelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mampu memuatkan kira-kira 20 ekor kucing dalam satu-satu masa, Mohd Fauzi berkata taman itu turut menyediakan 12 elemen menarik seperti papan tanda informasi, peta, tempat perlindungan dan makanan kucing.

Selain itu, beliau berkata turut terdapat kolam air pancuran mini untuk kucing, jambatan gantung dan terowong laluan kucing, rumput helikopter (rumput kegemaran kucing) dan kawasan pasir serta 10 alat permainan kucing pelbagai jenis.

Jelasnya, taman rekreasi berkeluasan 300 meter yang menelan kos sekitar RM250,000 itu bakal dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada Oktober depan sempena bulan pengisytiharan bandar raya tersebut.

“Penyediaan taman rekreasi ini boleh menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong khususnya kepada pencinta kucing dan saya percaya ia juga menjadi salah satu tempat terapi kepada kita semua,” katanya.

[caption id="attachment_650768" align="aligncenter" width="700"] Pemilik bermain bersama kucing peliharaan masing-masing sempena majlis prapelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_650794" align="aligncenter" width="700"] Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. easi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024.[/caption]

[caption id="attachment_650795" align="aligncenter" width="698"] Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. easi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024.[/caption]

[caption id="attachment_650796" align="aligncenter" width="700"] Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. easi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024.[/caption]

[caption id="attachment_650797" align="aligncenter" width="700"] Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. easi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024.[/caption]

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.