SHAH ALAM, 5 JULAI: Sumbangan ekonomi Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023 membuktikan pentadbiran negeri berada dilandasan tepat.
EXCO infrastuktur berkata pentadbiran negeri bawah pimpinan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari juga berhasil memberi dampak positif kepada sektor ekonomi walaupun berdepan cabaran pascapandemik dan global.
[caption id="attachment_650668" align="aligncenter" width="728"] Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim[/caption]
“Sumbangan KDNK tertinggi ini tanda kita di landasan tepat. Pertumbuhan juga meningkat walaupun tidak seperti sebelum ini namun masih melebihi kadar nasional. Ini tunjukkan kita terus jadi peneraju pembangunan ekonomi negara,” kata Ir Izham Hashim ketika ditemui di luar Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.
Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Sentosa berkata Selangor boleh berterusan memacu dan merancakkan ekonomi sekiranya mendapat sokongan semua pihak termasuk pimpinan pembangkang.
[caption id="attachment_650669" align="aligncenter" width="775"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj[/caption]
“Berikan sokongan kepada pentadbiran. Ini untuk pastikan apa kita rancang tercapai dan negeri akan lebih maju. Ini juga untuk kesejahteraan seluruh rakyat,” kata Dr G Gunaraj.
Ahli Dewan Negeri Permatang Nurul Syazwani Noh turut memuji sumbangan peningkatan KDNK namun berharap hasil ekonomi turut diagih kepada penduduk berpendapatan rendah terutama di kawasan luar bandar.
[caption id="attachment_650670" align="aligncenter" width="809"] Ahli Dewan Negeri Permatang Nurul Syazwani Noh[/caption]
“Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana sumbang KDNK yang tinggi. Cuma saya minta keperluan pesawah diambil kira memandangkan DUN saya kebanyakan penduduk bertani.
“Memandangkan Selangor terus menyumbang KDNK yang tinggi, bolehlah kembalikan hasilnya kepada rakyat untuk bantu penduduk pendalaman dan berpendapatan rendah,” katanya.
Kelmarin, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan KDNK negeri meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5 peratus tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ekonomi juga meningkat sebanyak 5.4 peratus, melebihi pertumbuhan sederhana seluruh negara pada kadar 3.6 peratus tahun lalu.
Laporan turut menunjukkan pertumbuhan KDNK tiga negeri lain merekodkan angka melebihi kadar seluruh negara iaitu Pahang (5.2 peratus), Johor (4.1 peratus) dan Kuala Lumpur (3.7 peratus).