ad
AGENDA

PM sampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi

2 Jul 2024, 11:50 PM
PM sampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi Syed Harun Syed Yacob yang mengalami masalah kesihatan.

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di kediaman Syed Harun di Batu Caves, Selangor semalam.

"Saya dimaklumkan beliau mempunyai masalah paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri berkata sumbangan itu bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh Syed Harun.

Beliau turut mendoakan agar aktivis itu diberi kekuatan dan kesembuhan secepat mungkin.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.