ad
AGENSI

Yide ziarah mangsa banjir lumpur Sungai Merab, hulur bantuan tunai

29 Jun 2024, 2:30 PM
Yide ziarah mangsa banjir lumpur Sungai Merab, hulur bantuan tunai

SHAH ALAM, 29 JUN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan sumbangan kecemasan kepada 32 penduduk Desa Villa, Kampung Sungai Merab yang terjejas banjir lumpur semalam.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan Pek Kasih Yide yang mengandungi barangan keperluan asas diberi bagi meringankan beban keluarga terbabit.

"Sebanyak 32 rumah telah dimasuki air banjir. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat berterusan dan berkemungkinan daripada aliran air yang terdapat daripada kerja-kerja tanah.

"Walaubagaimanapun, status air sudah surut dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan," katanya di Facebook.

Sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Kebajikan Yide, Mohammad Haizan bersama Penolong Eksekutif Kebajikan Yide, Muhammad Danial.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.