ad
BERITA UTAMA

Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Dewan Sri Jugra esok

29 Jun 2024, 6:00 AM
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Dewan Sri Jugra esok
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Dewan Sri Jugra esok

SHAH ALAM, 29 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat esok.

EXCO kesihatan berkata Selangor Saring yang bermula 9 pagi hingga 3 petang menyediakan saringan kesihatan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

“Selain itu saringan barah (kolorektal, prostat, serviks, payudara), mata (rabun, glaukoma, retina) dan saringan tambahan (gigi, telinga dan fisioterapi).

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana ujian saringan berdasarkan penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1-800-226-600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” kata Jamaliah Jamaluddin di Facebook.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pembentangan Belanjawan Selangor 2024 mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.