ad
AGENSI

PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor

29 Jun 2024, 2:50 AM
PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor
PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor
PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor
PKPS juara boling persahabatan sempena ulang tahun ke-15 Media Selangor

SHAH ALAM, 29 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merangkul gelaran juara menerusi Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), semalam.

Tempat kedua dimenangi News Straits Times Press diikuti KDEB Waste Management (tempat ketiga), Perbadanan Wakaf Selangor (tempat keempat) dan MSSB (tempat kelima).

Berlangsung di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam, acara berkenaan dianjurankan MSSB sempena ulang tahun ke-15 syarikat itu.

[caption id="attachment_649896" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) Mohamed Fareed Ashaaree (tengah, hadapan) bergambar bersama semua peserta Perlawanan Persahabatan Boling anjuran MSSB di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Ashaaree berkata acara itu bagi menghargai syarikat, agensi Kerajaan Negeri dan rakan media yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada MSSB.

“Perlawanan persahabatan ini dianjurkan bersempena ulang tahun MSSB yang ke-15. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi bersama turut serta dalam perlawanan hari ini (semalam).

“Semoga dengan pertemuan ini ia dapat merapatkan lagi ukhwah antara MSSB dan semua agensi terlibat,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan serentak merasmikan perlawanan itu.

[caption id="attachment_649898" align="aligncenter" width="812"] Suasana ketika Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, MSSB menjemput sebanyak 18 agensi termasuk beberapa organisasi media bagi menyertai perlawanan tersebut.

Antara yang terlibat termasuklah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Invest Selangor dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC).

[caption id="attachment_649897" align="aligncenter" width="809"] Aksi sebahagian peserta Perlawanan Persahabatan Boling anjuran Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) di Alam Lanes, Aeon Mall Shah Alam pada 28 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Turut serta Tourism Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Halal International Selangor (HIS).

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), BERNAMA, Berita Harian dan MYTV juga mengambil bahagian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.