ad
AGENDA

Senarai atlet Selangor ke SUKMA Sarawak dimuktamad sebelum 5 Julai

25 Jun 2024, 2:00 PM
Senarai atlet Selangor ke SUKMA Sarawak dimuktamad sebelum 5 Julai
Senarai atlet Selangor ke SUKMA Sarawak dimuktamad sebelum 5 Julai

SHAH ALAM, 25 JUN: Senarai atlet Selangor dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dimuktamad sebelum 5 Julai depan, kata pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Menurut Mohamad Nizam Marjugi, buat masa ini persatuan sukan masing-masing sedang giat memantau perkembangan setiap atlet bagi memastikan prestasi mereka berada pada tahap baik.

[caption id="attachment_570910" align="aligncenter" width="722"] Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sudah ada senarai atlet terlibat namun terdapat beberapa daripada mereka tidak dapat dihantar ke temasya berikutan terlibat dengan sukan lain antaranya Olimpik.

“Oleh itu, persatuan akan serahkan nama mereka dan kita akan muktamadkan sebelum 5 Julai nanti. Setakat ini, atlet sedang giat jalani latihan dan kita akan pastikan kesihatan mereka pada tahap baik,” katanya dihubungi SelangorKini.

Kejohanan SUKMA ke-21 dijadual bermula 17 hingga 24 Ogos dengan Sarawak menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi tahunan negara tersebut.

Bagi kejohanan kali ini, Selangor menyasarkan kutipan 61 pingat emas dan yakin Selangor berada pada kedudukan tiga teratas.

Untuk rekod, Selangor pernah menjuarai temasya sukan berkenaan di Sarawak pada 2016 dan Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM8 juta sebagai persediaan kontinjen negeri menghadapinya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.