ad
AGENSI

KPDN negeri anjur hari terbuka subsidi diesel 25 Jun

21 Jun 2024, 7:56 AM
KPDN negeri anjur hari terbuka subsidi diesel 25 Jun

SHAH ALAM, 21 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mempelawa pengguna diesel menyertai Hari Terbuka MySubsidi Diesel 2.0 pada 25 Jun.

Menurut laman Facebook rasmi KPDN, program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam dengan kerjasama lima syarikat stesen minyak.

Stesen minyak berkenaan ialah Petronas, Shell, Petron, BHP dan Caltex. Orang ramai perlu membawa geran dan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada 9 Jun, kerajaan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 10 Jun.

Susulan itu, kerajaan memperkenalkan inisiatif Budi Madani dengan bantuan tunai RM200 sebulan bagi memastikan peruntukan subsidi disasar kepada golongan yang layak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.