ad
AGENSI

Aduan jalan rosak, Infrasel siap turap dalam tempoh 24 jam

20 Jun 2024, 12:30 PM
Aduan jalan rosak, Infrasel siap turap dalam tempoh 24 jam

SHAH ALAM, 20 JUN: Kerja menurap laluan rosak di B11 Jalan Puchong selesai dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan orang ramai di laman X.

Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memaklumkan kerja membaiki kerosakan jalan tersebut dibuat semalam sejurus pihaknya menerima laporan.

Syarikat itu juga meminta orang ramai untuk terus membuat aduan menerusi platform sama disertai tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah kerosakan jalan berlaku.

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Sejak tahun lalu, Infrasel giat melaksanakan kerja memperbaiki permukaan jalan antaranya sebahagian laluan Jalan Ladang Lambourne, Jeram, Kuala Selangor serta jalan di pusat latihan Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC), Kompleks Sukan SUK Selangor.

Orang ramai boleh terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti masing-masing menerusi Twitter.

Menurut beliau, proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudah dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.