ad
AGENDA

Bomba selamatkan pasangan pelancong asing terperangkap dalam gua di Ipoh

20 Jun 2024, 9:05 AM
Bomba selamatkan pasangan pelancong asing terperangkap dalam gua di Ipoh

IPOH, 20 JUN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan sepasang pelancong warga asing yang terperangkap di dalam Gua Tokong Sam Poh Tong, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.26 petang daripada seorang mangsa yang terperangkap.

“Lelaki warga China dan wanita warga Korea Selatan itu dijumpai dalam keadaan selamat di gua dan mereka didapati terperangkap kerana pintu utama gua telah tertutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi menyelamat hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dan pintu gua berkenaan telah dibuka semula oleh pengawal keselamatan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.