ad
AGENSI

Rawang, Banting antara empat lokasi jualan murah barangan asas esok

19 Jun 2024, 12:00 PM
Rawang, Banting antara empat lokasi jualan murah barangan asas esok
Rawang, Banting antara empat lokasi jualan murah barangan asas esok

SHAH ALAM, 19 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dataran Batu Arang (Rawang), Masjid Al-Ridha Jenderam Hulu (Sungai Pelek), Surau Al-Ameen, Bandar Mahkota Banting (Banting) dan Dewan MBSA Sungai Kandis (Sungai Kandis).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.