ad
AGENSI

KDEBWM kutip lebih 5,000 tan sampah pada Aidiladha

18 Jun 2024, 10:17 AM
KDEBWM kutip lebih 5,000 tan sampah pada Aidiladha

SHAH ALAM, 18 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sejumlah 5,340.10 tan sampah setakat hari pertama sambutan Aidiladha semalam.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kutipan membabitkan sampah domestik sebanyak 4,797.13 tan dan pembersihan awam 542.97 tan.

“Seramai 4,397 pekerja bertugas di 384 kawasan. KDEBWM sentiasa menjalankan tanggungjawab membuat kutipan setiap hari termasuk pada Aidiladha semalam,” katanya.

Tambah beliau, KDEBWM menyediakan 939 lori bagi melaksana operasi janaan sampah melibatkan Roll On Roll Off’ (Roro) pembersihan (324), Roro domestik (57) dan lori kompaktor (558).

“Jumlah kutipan tahun ini menurun banding tahun lalu. Antara faktor yang menyebabkan jumlah itu menurun adalah kerana, setakat hari ini masih banyak kedai belum dibuka," katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.