ad
AGENDA

Israel serbu rumah penduduk Tebing Barat hari kedua Aidiladha

17 Jun 2024, 3:21 PM
Israel serbu rumah penduduk Tebing Barat hari kedua Aidiladha

RAMALLAH (Palestin), 17 JUN: Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.

Saksi memberitahu Anadolu tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.

Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar.

Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.

Penduduk Palestin juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka haram.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.