ad
AGENDA

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha, doa negara sejahtera

16 Jun 2024, 1:40 PM
Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha, doa negara sejahtera

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

“Saya juga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

“Bersama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan berterusan bagi negara yang tercinta ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.