ad
ADN

DUN Seri Serdang belanja RM200,000 naik taraf prasarana pelbagai institusi

16 Jun 2024, 5:30 AM
DUN Seri Serdang belanja RM200,000 naik taraf prasarana pelbagai institusi

SHAH ALAM, 16 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menyumbangkan RM200,000 bagi menjayakan kerja baik pulih dan naik taraf prasarana di pelbagai institusi.

Wakil rakyatnya Abbas Azmi berkata antara institusi yang dibantu termasuklah sekolah, masjid, surau dan dewan serbaguna bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan kepada pengguna.

"Antara sekolah yang dibantu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) Batu 14 Puchong dengan masing-masing menerima bantuan RM30,000.

“Sumbangan untuk SMK Seri Serdang bagi menambah sinki kantin, baiki bumbung laluan pejalan kaki dan sistem pengairan di padang.

"Sementara Kafa Batu 14 Puchong peruntukan untuk baik pulih tapak perhimpunan termasuk tambah bumbung di kawasan itu,” katanya.

Abbas berkata penambahbaikan kemudahan awam untuk manfaat masyarakat sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

“Mereka boleh buat permohonan kepada pejabat saya dan kita akan pertimbangkan berdasarkan beberapa perkara termasuklah keperluan mendesak dan sebagainya,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.