ad
AGENDA

SUKMA: Selangor sertai semua acara, muktamad senarai atlet tempoh terdekat

15 Jun 2024, 10:00 AM
SUKMA: Selangor sertai semua acara, muktamad senarai atlet tempoh terdekat

KLANG, 15 JUN: Kontinjen Selangor mengambil bahagian dalam semua sukan yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang dijadual Ogos depan, kata EXCO sukan.

Mohd Najwan Halimi berkata semua nama atlet yang terlibat dalam setiap sukan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat oleh persatuan masing-masing dan majlis sukan negeri.

Menurut beliau, setakat ini, persiapan mencapai 90 peratus dan semuanya berjalan lancar dengan menggerakkan latihan-latihan membabit atlet secara berterusan.

"Kita sedang tunggu untuk memuktamadkan atlet-atlet yang akan dipilih mewakili Selangor yang dibuat persatuan dan majlis sukan negeri.

"Selain itu, Selangor akan menghantar wakil untuk semua acara dipertanding pada kali ini," katanya selepas majlis penyerahan Geran Digital Penjaja Madani di sini, hari ini.

Kejohanan SUKMA ke-21 dijadual bermula 17 hingga 24 Ogos dengan Sarawak menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi tahunan negara tersebut.

Untuk rekod, Selangor pernah menjuarai temasya sukan berkenaan di Sarawak pada 2016 dan Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM8 juta sebagai persediaan kontinjen negeri menghadapinya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.