ad
AGENDA

EXCO: Faisal Halim jalani rawatan pemulihan psikologi, atasi trauma

15 Jun 2024, 7:30 AM
EXCO: Faisal Halim jalani rawatan pemulihan psikologi, atasi trauma
EXCO: Faisal Halim jalani rawatan pemulihan psikologi, atasi trauma
EXCO: Faisal Halim jalani rawatan pemulihan psikologi, atasi trauma

KLANG, 15 JUN: Pemain Selangor FC Faisal Halim mengikuti rawatan pemulihan psikologi bagi mengatasi trauma akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata selain rawatan fizikal, aspek pemulihan emosi dan moral pemain itu juga menjadi keutamaan supaya keadaannya pulih sepenuhnya.

"Kerajaan Negeri khususnya Selangor FC secara berterusan membantu dan memantau keadaan kesihatan Faisal bukan fizikal sahaja tetapi psikologi bagi mengatasi trauma.

"Beliau kini mengikuti pemulihan (psikologi) dengan dipantau pakar perubatan Selangor FC untuk bantu proses rawatan dan terapi secara keseluruhan," katanya selepas majlis penyerahan Geran Digital Penjaja Madani di sini, hari ini.

[caption id="attachment_647922" align="aligncenter" width="814"] EXCO Keusahawanan Najwan Halimi bergambar bersama usahawan sempena majlis penyerahan Geran Digital Penjaja Madani di Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Klang pada 15 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Najwan turut berharap insiden yang menimpa Faisal termasuk pemain lain tidak berulang kerana industri sukan seharusnya menyatukan bukannya mengundang perpecahan.

"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu penguatkuasaan tegas kerana khuatir akan berlaku lagi membabitkan atlet lain," katanya.

[caption id="attachment_647755" align="aligncenter" width="809"] Pemain bola sepak Selangor FC Faisal Halim ketika sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 13 Jun, Faisal yang juga merupakan pemain Harimau Malaya membuat kemunculan pertama pada sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC selepas menjalani rawatan hampir sebulan selepas disimbah asid Mei lalu.

Faisal atau dikenali sebagai Mickey yang mengalami luka lecur tahap empat menjalani rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

Pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.