ad
AGENSI

Rapat jurang sosial, mahasiswa Selangor dekati Orang Asli Pulau Carey

14 Jun 2024, 7:49 AM
Rapat jurang sosial, mahasiswa Selangor dekati Orang Asli Pulau Carey
Rapat jurang sosial, mahasiswa Selangor dekati Orang Asli Pulau Carey

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 38 mahasiswa Kelab Patriot Chapter Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Perwisa) dan Kelab Mahasiswa Selangor (Masel) menyantuni Orang Asli Pulau Carey.

Program Bakti Siswa: Masyarakat Orang Asli, Masyarakat Madani selama dua hari bermula 7 Jun lalu merupakan projek usahasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pengarah projek berkata program itu bertujuan mengurangkan jurang sosial antara masyarakat luar terutamanya golongan mahasiswa dengan komuniti Orang Asli di negeri ini.

“Justeru, sebagai kelab anak Selangor kami berpendapat perlunya untuk kita turun berbakti kepada negeri sendiri meski ia jauh dari tempat belajar selain menimba pengalaman baharu,” kata Aliff Aiman Norazlan ketika dihubungi.

[caption id="attachment_647833" align="alignnone" width="815"] Antara aktiviti dilaksana pada program Bakti Siswa: Masyarakat Orang Asli, Masyarakat Madani pada 7 dan 8 Jun 2024. Foto Perwisa[/caption]

Program yang dirasmikan Presiden Majlis Belia Selangor Dato’ Imran Tamrin dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya anyaman kraf tangan, sumpit, demo penjagaan kulit wajah dan perkhidmatan gunting rambut percuma.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, gotong-royong dan aktiviti kanak-kanak iaitu mengecat beg kanvas.

Aliff Aiman menjelaskan pihaknya berharap program julung kali itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan inisiatif yang lebih berimpak besar

“Menerusi program ini diharap hubungan antara masyarakat luar dan Orang Asli dapat dipereratkan serta memberi manfaat berkekalan kepada komuniti tersebut,” katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.