ad
ADN

DUN Sentosa agih 14 haiwan korban untuk masjid, surau sempena Aidiladha

13 Jun 2024, 6:36 AM
DUN Sentosa agih 14 haiwan korban untuk masjid, surau sempena Aidiladha
DUN Sentosa agih 14 haiwan korban untuk masjid, surau sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 13 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menyumbang 10 ekor kambing dan empat lembu ke beberapa masjid dan surau sekitar DUN itu sempena Aidiladha tahun ini.

Wakil rakyat Dr D Gunaraj berkata sumbangan itu membolehkan ibadah korban dijalankan sekali gus mengagihkan daging kepada golongan memerlukan.

“Kita turut menganjur kenduri rakyat pada malam raya bertempat di kawasan lapang bersebelahan Masjid Al-Barakah, Taman Sentosa.

[caption id="attachment_636500" align="alignleft" width="500"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj bercakap kepada Media Selangor pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan anjuran ADN Sentosa di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kerja rewang bermula dari pagi. Kita sembelih lembu dan kambing dengan anggaran tetamu 500 orang. Semua dijemput hadir,” katanya kepada SelangorKini.

Sempena perayaan Aidiladha tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban, membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu.

Haiwan berkenaan diagih kepada kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.