ad
AGENSI

165 individu terima pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

12 Jun 2024, 9:32 AM
165 individu terima pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

SHAH ALAM, 12 JUN: Seramai seramai 165 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-78.

Istiadat pengurniaan pingat kepada penerima bagi daerah Petaling dan Klang itu disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Dewan Jubli Perak bangunan pentadbiran negeri di sini, hari ini.

Mengiringi Tengku Amir Shah pada istiadat berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Sepaktakraw Selangor Mohd Zubir Muhamad Shari mendahului senarai penerima pingat apabila dikurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (PKS).

Seramai 13 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), selain 40 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri yang berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Dalam pada itu, 101 individu yang berjasa kepada Selangor dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) manakala 10 kakitangan Kerajaan Negeri yang berkhidmat lebih 20 tahun menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.