ad
AGENSI

Wanita wakaf tunai RM19,000 untuk jariah ahli keluarga

9 Jun 2024, 5:32 AM
Wanita wakaf tunai RM19,000 untuk jariah ahli keluarga

SHAH ALAM, 9 JUN: Seorang wanita mewakafkan harta berjumlah RM19,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk diniatkan kepada ahli keluarganya yang meninggal dunia.

Norlela Kamaluddin hadir ke pejabat PWS baru-baru ini ditemani suami bagi menyerahkan wakaf wang tunai kepada Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz bin Bahari.

"Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah," menurut perbadanan itu di Facebook pada 5 Jun.

PWS turut menyeru orang ramai melaksanakan wakaf tunai secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor.

Merujuk statistik dikongsikan PWS di laman webnya, sebanyak RM443.39 juta wakaf tunai dikutip pada 2022, meningkat RM65.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.