ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma di Tanjung Sepat, Seri Serdang hujung minggu ini

7 Jun 2024, 2:19 PM
Saringan kesihatan percuma di Tanjung Sepat, Seri Serdang hujung minggu ini
Saringan kesihatan percuma di Tanjung Sepat, Seri Serdang hujung minggu ini

SHAH ALAM, 7 JUN: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat dan Seri Serdang hujung minggu ini, dari 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO kesihatan berkata orang ramai dipelawa menyertai inisiatif Selangor Saring di Dewan Jubli Emas Kampung Endah, Banting pada esok dan Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Serdang (9 Jun).

Jelas Jamaliah Jamaluddin, program itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.