ad
AGENDA

Ganti aset loji: Bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi tadi

7 Jun 2024, 12:07 AM
Ganti aset loji: Bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi tadi
Ganti aset loji: Bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi tadi

SHAH ALAM, 7 JUN: Bekalan air di kawasan terlibat kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor disalurkan seperti biasa.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan," menurutnya menerusi Facebook hari ini.

Pada 5 Jun lalu Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 bermula 9 pagi dan selesai 7 malam hari sama.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kawasan di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor terjejas bekalan air.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X.

Syarikat itu juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.