ad
PBT

Bantu golongan susah, MBSA peruntuk RM15,000 laksana Gerobok Rezeki

6 Jun 2024, 11:12 AM
Bantu golongan susah, MBSA peruntuk RM15,000 laksana Gerobok Rezeki
Bantu golongan susah, MBSA peruntuk RM15,000 laksana Gerobok Rezeki
Bantu golongan susah, MBSA peruntuk RM15,000 laksana Gerobok Rezeki

SHAH ALAM, 6 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan program Gerobok Rezeki MBSA 2024 dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan dan komuniti setempat.

Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata inisiatif yang memperuntuk RM15,000 itu membabitkan tiga masjid terpilih di bawah pentadbiran MBSA di zon utara, tengah dan selatan.

Menurutnya, program Gerobok Rezeki tersebut merupakan kesinambungan daripada bantuan diberikan semasa Covid-19 dalam membantu mereka yang terjejas pendapatan.

"Kita peruntuk RM15,000 untuk tiga masjid dan menyediakan keperluan harian seperti beras, minyak, tepung dan sardin. Pihak masjid akan memantau agihan ini supaya semua yang memerlukan mendapat manfaat.

"Ini sebahagian daripada komitmen MBSA dalam meringankan beban golongan memerlukan sekaligus menggalakkan komuniti setempat lebih prihatin kepada masyarakat,"katanya ditemui pada pelancaran program di Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27 di sini, hari ini.

[caption id="attachment_646567" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) melawat Gerobok Rezeki MBSA di Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27, Shah Alam pada 6 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, beliau memaklumkan barangan itu tidak terhad kepada umat Islam sahaja sebaliknya terbuka kepada masyarakat setempat.

"Selain itu, untuk permulaan, MBSA menyediakan barangan keperluan asas, namun pada masa akan datang sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta,"katanya.

Terdahulu, MBSA turut menyumbang RM3,000 kepada Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27 untuk digunakan bagi naik taraf masjid demi keselesaan jemaah.

[caption id="attachment_646568" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim (dua dari kiri) menyampaikan cek cura sebanyak RM3,000 kepada Nazir Masjid Baitul Mahabbah Mohd Fuad Alias pada Program Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27, Shah Alam pada 6 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.