ad
PBT

Tekad selesai aduan penduduk, semarak aktiviti seni di Shah Alam

6 Jun 2024, 8:30 AM
Tekad selesai aduan penduduk, semarak aktiviti seni di Shah Alam

SHAH ALAM, 6 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk memberi maklum balas segera aduan penduduk sama ada isu kecil atau besar.

Datuk bandarnya berkata selain meningkatkan kualiti penyampaian, pihaknya bercadang menceriakan bandar raya antaranya dengan acara kesenian terutama ketika pada waktu malam hujung minggu.

"Kakitangan MBSA perlu menanamkan sikap untuk bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dapat selesai dengan efektif.

"Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, kita  juga mahu memeriahkan lagi bandar raya ini dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti program berbentuk kesenian terutama ketika pada waktu malam hujung minggu," kata Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim

Bercakap ketika sidang media majlis angkat sumpah jawatan baharunya, Mohd Fauzi berkata beliau juga akan berusaha dan berbincang dengan pihak berkaitan untuk memastikan Shah Alam bebas banjir.

Jelasnya, beliau juga akan memastikan kebimbangan penduduk dapat dikurangkan terutama ketika hujan lebat dan ribut petir termasuk melakukan pemantauan terhadap pokok yang berisiko tumbang.

"Saya percaya dengan kepakaran, sikap profesional dan kerjasama daripada semua pihak kita dapat melahirkan Shah Alam sebagai bandar raya berdaya huni, terunggul dan menyemarakkan ekonomi," ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.