ad
AGENSI

Mohd Fauzi angkat sumpah datuk bandar Shah Alam ke-12

6 Jun 2024, 4:17 AM
Mohd Fauzi angkat sumpah datuk bandar Shah Alam ke-12
Mohd Fauzi angkat sumpah datuk bandar Shah Alam ke-12

SHAH ALAM, 6 JUN: Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim secara rasmi mengangkat sumpah sebagai datuk bandar Shah Alam ke-12 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari ini.

Majlis tersebut disaksikan Timbalan Datuk Bandar Madiyan Baweh, Timbalan Setiausaha Pengurusan Asmah Mohd Zin, pengarah jabatan dan barisan ahli majlis.

Mohd Fauzi, 57, pernah berkhidmat sebagai datuk bandar Subang Jaya sebelum ini. Pada 4 Jun lalu, beliau melapor diri di MBSA, menggantikan penyandang Ir Cheremi Tarman yang bersara.

[caption id="attachment_646502" align="aligncenter" width="745"] Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim menerima nota serah tugas daripada pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh sempena upacara mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-12 di Dewan Perbandaran, Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 6 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Menyertai perkhidmatan awam pada 1995, beliau pernah bekerja di beberapa kementerian antaranya Jabatan Perdana Menteri selain Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau turut berkhidmat sebagai ketua penolong pegawai daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak antara 2011 hingga 2015 dan pegawai daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (2015-2019).

Selain itu, Mohd Fauzi juga pernah bertugas sebagai yang dipertua Majlis Perbandaran Sepang antara 2019 hingga 2020 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 2020 hingga 2023 sebelum ke Subang Jaya.

Anak kelahiran Terengganu itu meraih Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.