ad
AGENSI

Hijrah salur RM810 juta bantu hampir 60,000 usahawan luaskan perniagaan

5 Jun 2024, 2:00 PM
Hijrah salur RM810 juta bantu hampir 60,000 usahawan luaskan perniagaan
Hijrah salur RM810 juta bantu hampir 60,000 usahawan luaskan perniagaan
Hijrah salur RM810 juta bantu hampir 60,000 usahawan luaskan perniagaan

SHAH ALAM, 5 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) meluluskan 89,347 pembiayaan pelbagai jenis bernilai RM810 juta sejak 2015 hingga kini kepada 59,757 usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato' Mearia Hamzah bantuan itu bagi memenuhi visi Kerajaan Negeri untuk melonjakkan golongan berpendapatan rendah ke kelas menengah melalui perniagaan.

[caption id="attachment_646351" align="aligncenter" width="816"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato' Mearia Hamzah berucap pada majlis peluncuran logo Plats Biaya kolaborasi bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sejak penubuhan pada 2015, Hijrah Selangor sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk melebarkan peluang golongan kelas menengah.

“Ini bagi memastikan mereka mampu berdaya saing serta mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” kata berucap pada majlis peluncuran logo PLATS Biaya hari ini.

Terdahulu, majlis yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz disini disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_646352" align="aligncenter" width="810"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan peluncuran Logo Plats Biaya kolaborasi bersama inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Hadir sama EXCO Usahawanan Najwan Halimi (empat, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato' Mearia Hamzah (dua, kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sejak awal penubuhannya pada 2015, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu Hijrah turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.