ad
AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 12 Jun

5 Jun 2024, 11:00 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 12 Jun

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.