ad
AGENDA

Budak perempuan autisme ditemukan lemas di taman tema air

5 Jun 2024, 5:24 AM
Budak perempuan autisme ditemukan lemas di taman tema air

KEPALA BATAS, 5 JUN: Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lima tahun ditemukan lemas di sebuah taman tema air di Bertam di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkeflee Sulaiman berkata ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.

"Ibunya terus memaklumkan kepada pekerja di taman tema tersebut bagi mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan tidak lama kemudian dalam sebuah kolam yang sedang dalam pembinaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata terdapat air sedalam kira-kira satu meter dalam kolam berkenaan.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke Selangor.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.