ad
AGENSI

KDEBWM sedia tong Roro, kutip sampah pukal di 384 kawasan sekitar MBSA

4 Jun 2024, 1:00 PM
KDEBWM sedia tong Roro, kutip sampah pukal di 384 kawasan sekitar MBSA

SHAH ALAM, 4 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bagi kutipan sampah pukal di 384 kawasan dalam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Agensi itu memaklumkan inisiatif dengan kerjasama MBSA itu bagi memudahkan orang ramai membuang barangan terpakai sempena sambutan Aidiladha.

"Penyediaan tong RORO ini akan diletakkan secara berperingkat (tiga fasa) sekitar Seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 8 dan 13 selama tiga hingga lima hari yang bermula sejak pada 27 Mei hingga 15 Jun," maklumnya di Facebook.

KDEBWM turut memaklumkan, urusan permohonan bantuan kutipan sampah pukal, pertanyaan dan sebarang aduan boleh dibuat melalui aplikasi iClean Selangor

iClean Selangor memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal secara dalam talian selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Tahun lalu, aplikasi ini memenangi anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi itu di Google Play dan App Store selain menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp (019-274 2824) supaya aduan diurus dengan lebih cepat dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.