ad
AGENDA

Ribuan peserta khatam hadis 40, bekas mufti Mesir sebak ijazah sanad

31 Mei 2024, 6:00 AM
Ribuan peserta khatam hadis 40, bekas mufti Mesir sebak ijazah sanad
Ribuan peserta khatam hadis 40, bekas mufti Mesir sebak ijazah sanad
Ribuan peserta khatam hadis 40, bekas mufti Mesir sebak ijazah sanad
Ribuan peserta khatam hadis 40, bekas mufti Mesir sebak ijazah sanad

SHAH ALAM, 31 MEI: Hampir 2,000 peserta Festival Turath Islami Selangor mengkhatam pengajian kitab hadis 40 bersama bekas mufti besar Mesir di masjid negeri malam tadi.

Bermula selepas solat Maghrib, kesemua peserta mengikuti pengajian terakhir hadis ke-42 karya Imam an-Nawawi yang disampai Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah hampir dua jam sebelum majlis khatam dijalankan.

[caption id="attachment_644887" align="aligncenter" width="778"] Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum'ah ketika sesi Daurah kitab hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pada majlis berkenaan, Dr Ali Jum’ah menganugerahkan sanad dengan membaca satu persatu periwayatan yang bersambung daripada barisan gurunya sehingga kepada imam Mazhab Shafie dan Nabi Muhammad SAW, kepada peserta.

Jika dalam daurah sebelum ini beliau sebak membaca hadis ke-21 dan 28, malam tadi ulama ulung Mesir itu sekali lagi beremosi ketika penyampaian ijazah sanad sehingga bacaannya tersekat-sekat.

[caption id="attachment_644900" align="aligncenter" width="810"] Orang ramai hadir mendengar kupasan kitab hadis 40 sesi ketiga oleh Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum'ah pada Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Suasana dalam dewan solat utama kemudiannya bergema dengan ucapan terima kasih dari ribuan pesertatanda penerimaan ijazah sanad hadis musalsal daripada beliau, yang pernah menuntut dengan ulama hadis seperti Syeikh Abdul Fattah Ghuddah dan Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari.

“Saya berpesan kepada pelajar yang diberikan ijazah ini untuk bertakwa kepada Allah dalam keadaan sembunyi dan terang-terangan, bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarluaskan sunnah yang suci ini.

“Saya juga berpesan supaya anda tidak lupa akan saya dan guru-guru saya dalam doa anda dalam keadaan sendirian atau ramai,” kata Dr Ali Jum’ah yang juga anggota Majlis Tertinggi Ulama Al-Azhar.

Rata-rata peserta yang hadir teruja dan gembira dapat menamatkan pengajian hadis 40 selepas mengikuti pengajian selama lima hari sejak 26 Mei.

[caption id="attachment_644850" align="aligncenter" width="814"] Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum'ah (tengah) mengupas kitab Hadis 40 pada Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.