ad
AGENDA

PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer

31 Mei 2024, 12:00 AM
PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer
PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer
PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer
PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer
PBAKL: Pavilion Selangor promosi inisiatif negeri, tawar pinjaman komputer

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pavilion Selangor membawa tema perumahan dan hartanah, kelestarian alam serta pendidikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ini.

Pengarahnya Zafrullah Aris berkata tema berkenaan membolehkan orang ramai lebih mengenali fungsi dan khidmat yang ditawarkan beberapa agensi.

“Kali ini kita bawa kelainan. Kita kerjasama dengan agensi antaranya KDEB Waste Management, Worldwide, Yayasan Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

“Menerusi langkah ini, setiap agensi dapat menerangkan lebih lanjut fungsi dan khidmat disediakan kepada rakyat. Ini memudahkan rakyat untuk tahu lebih lanjut,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_645408" align="aligncenter" width="790"] Orang ramai melihat F16 Hybrid Agriculture Spraying Drone ketika mengunjungi reruai Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Zafrullah berkata Pavilion Selangor yang dibuka mulai 10 pagi hingga 10 malam sejak 24 Mei hingga 2 Jun turut menawarkan pinjaman komputer dan tablet menerusi Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas).

[caption id="attachment_645410" align="aligncenter" width="810"] Orang ramai mendapatkan maklumat mengenai Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) ketika melawat reruai Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk pesta ini kita sediakan 50 komputer dan tablet. Setakat ini kira-kira 15 peminjam sudah membawa pulang peranti terbabit dan masih banyak lagi boleh dipohon.

“Datang ke Pavilion Selangor dan buat permohonan. Sekiranya layak, pemohon boleh terus membawa pulang peranti. Tempoh pinjaman enam bulan,” katanya.

[caption id="attachment_645413" align="aligncenter" width="811"] Makanan dan minuman diberi percuma di reruai Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sepintas dilancar pada Ogos 2022 bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar dengan memberi pinjaman komputer dalam satu tempoh masa ditetapkan.

[caption id="attachment_645414" align="aligncenter" width="792"] Kanak-kanak meluangkan masa dengan bermain permainan lego di reruai Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.