ad
AGENDA

Bekalan air wilayah Klang, Shah Alam, Petaling pulih sepenuhnya

27 Mei 2024, 11:57 PM
Bekalan air wilayah Klang, Shah Alam, Petaling pulih sepenuhnya
Bekalan air wilayah Klang, Shah Alam, Petaling pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 28 MEI: Bekalan air semua kawasan yang terbabit pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22 di sini pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, agensi memaklumkan sebahagian wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 6 petang, Ahad susulan pelaksanaan kerja pembaikan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.