ad
SELANGOR

MBPJ nilai pokok lama elak nyawa, harta penduduk terjejas

26 Mei 2024, 7:45 AM
MBPJ nilai pokok lama elak nyawa, harta penduduk terjejas
MBPJ nilai pokok lama elak nyawa, harta penduduk terjejas

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam proses penilaian pokok berisiko di sepanjang jalan protokol di Pusat Bandar 52 dan Jalan Selangor.

Ahli parlimen Petaling Jaya berkata langkah itu selepas beliau mencadangkan supaya diadakan 'Doktor Pokok' atau arboris untuk memeriksa semua pokok lama di kawasan itu minggu lalu.

"Pemeriksaan secara awal adalah kritikal supaya nyawa dan harta rakyat terjaga sebelum terlewat," kata Lee Chean Chung menerusi Facebook.

[caption id="attachment_644725" align="alignleft" width="375"] Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung menunjukkan bumbung Flat Taman Perangsang, Petaling Jaya yang diterbangkan ribut pada 25 Mei 2024. Foto Facebook Lee Chean Chung[/caption]

Semalam, beliau meninjau bumbung Flat Taman Perangsang yang diterbangkan ribut bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan Halimey Abu Bakar dan Ahli Majlis Nora Mansor.

Pada 13 Mei lalu, Chean Chung menggesa MBPJ melantik arboris bertauliah untuk memeriksa secara menyeluruh pokok tua dan berisiko tinggi untuk tumbang.

Katanya, arboris yang dilantik perlu melakukan pemeriksaan khususnya di kawasan berpenduduk padat dan di sepanjang jalan utama dalam kadar segera.

Pada 7 Mei lalu, sebatang pokok tumbang di atas kenderaan di hadapan Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail akibat rebut menyebabkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.